Tuesday, June 16, 2015

rezeki

I still remember. Kawan dekat sekolah dulu dulu tanya,

kau nanti dah besar nak jadi apa? spontan aku jawab pengetua. aku nak bukak sekolah sebijik. lepastu nanti aku lantik kau jadi guard sekolah aku. ko jangan risau. ko takpayah di interview.

lepastu kitorang gelak mgegek. hakikat nya kawan aku tahu aku tak minat cikgu. tak minat mengajar. tak minat budak budak. Bila melangkah ke universiti as undergraduate student, kawan aku tanya lagi.

habis final ni, nanti ko nak jadi apa? muka serius je pandang aku. spontan aku jawab aku nak jadi suri rumah yang ada master. hehe. bap kena lempang dekat tulang belakang. aku gelak.

lepastu aku berfikir, kenapa bila dah final year cenggini kau baru nak tanya aku apa aku nak jadi? aku dah pulun 3 tahun untuk course ni. kenapa baru sekarang ko nak tanya aku nak jadi apa?

habis je final year, aku la orang yang paling beria mencari keje dalam kalangan kawan aku. aku dapat 1st interview waktu dlm praktikal lagi. mampuih aku taknak pegi. o menn. im not ready for that. aku pulak rajin apply. maka peluang kerja tu sentiasa ada. cuma aku malas nak kerja. jenuh aku fikir, kenapa aku taknak kerja. kerja depan mata. gaji tu walaupun tak banyak tapi boleh la kalau nama pun pegang title fresh graduate.

Puas kawan aku nasihat, bagi kata kata perangsang. pegi la keje. rezeki tu. rugi. kau dah pegi 5 interview. semua dapat. tapi kau yang taknak. memang tolak rezeki.

Aku sengih. sebab tahu, nanti mesti ada keje lain yang datang. aku tak tahu kenapa aku liat nak kerja. sekali one of my friend cakap,

 Bukan rezeki kau la tu kerja tu semua. memang dia datang depan kau. tapi dia pegi macam tu je.


aku terkedu. ala ala cerita bila hati sudah hitam tu. mungkin betul. bukan rezeki aku di kerja itu. kadang aku nak tahu 10 tahun akan datang apa jadi dekat aku. adakah aku seorang pengetua? atau seorang surirumah sepenuh masa? atau apa sahaja.